Debat Dr Asri Vs Zamihan Jadi Realiti

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menerusi posting akaun Facebooknya, semalam mengesahkan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin telah bersetuju untuk menyertai wacana ilmu bersama Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

 

Shahidan berkata, debat tersebut akan diadakan pada 17 Februari ini di Dewan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Kuala Lumpur pada jam 9 malam.

 

Debat bertajuk Ekstremisma Agama di-Malaysia:Satu Diskusi itu menjemput semua pihak bagi memeriahkan acara tersebut.

 

“Saya akan jemput semua pihak yang berwajib. Zamihan dan Mohd Asri boleh menjemput 50 orang bagi pihak masing-masing. Ramai yang memohon untuk hadir bersama.

 

“Diskusi ini akan membuka ruang kepada umat Islam dan lain-lain pihak untuk memahami agama Islam dengan lebih dekat.. Agama yang mengamalkan kesederhanaan. Saya harap tidak ada mana2 pihak yang cuba menhentikan wacana ini,” tulisnya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.