Bunga Sakura Di Kedah?

ALOR SETAR – Keha­diran bunga ‘sakura’ yang menghiasi persekitaran beberapa bandar di negeri ini menarik perhatian orang ramai termasuk pelancong luar sejak minggu lalu.

 

Suasana indah bunga berwarna merah jambu yang mekar dan bertaburan di tanah seperti musim bunga di Jepun dan Korea itu boleh dilihat di beberapa lokasi seperti Alor Setar, Kuala Kedah, Yan dan Guar Chempedak.

 

Keindahan bunga pokok tecoma atau nama saintifiknya tabeuia rosea itu menarik perhatian orang ramai untuk bergambar di bawah rimbunan pokok tersebut dan memuat naik ke laman Facebook atau Instagram.

 

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, pokok tecoma yang lazimnya berbunga sekitar bulan Februari dan Mac merupakan antara tarikan baharu pengunjung ke bandar raya ini.-Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.