Budak Lelaki Tersepit Eskalator Putus Pergelangan Kaki

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun tersepit di eskalator petang semalam, putus sebahagian pergelangan kaki kiri.

 

Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu melibatkan eskalator di tingkat bawah KTM komuter, KL Sentral.

 

Semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang turun dari tingkat satu menggunakan eskalator berkenaan.

 

Sementara itu, menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan untuk mencari bahagian kaki yang terputus kira-kira pukul 5.43 petang.

 

“Kaki kanak kanak itu tersepit antara panel besi dan tangga. Dia dibawa ke Hospital Kuala Lumpur selepas dikeluarkan dari eskalator.

 

“Pergelangan kaki yang putus ditemui pada 6.30 petang dan diserahkan kepada HKL,”katanya, memetik laporan TV3.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.