AMANAH Tanding Kerusi PAS Untuk Elak Jatuh Ke Tangan UMNO

KUALA LUMPUR – Pemimpin Parti Amanah Rakyat Negara (AMANAH) memberi alasan mereka mahu bertanding di kerusi milik PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk mengelakkan kerusi tersebut jatuh ke tangan UMNO.

 

“Seperti yang telah dinyatakan oleh Pengerusi AMANAH Selangor, AMANAH mengambil tanggungjawab di dalam permuafakatan politik Pakatan Harapan di mana PAS bukan komponennya.

 

“Maka selayaknya AMANAH mengambil alih kerusi PAS itu kerana dikhuatiri kerusi tersebut boleh bertukar tangan kepada Umno-BN pada PRU yg akan datang,” kata Ketua Pemuda AMANAH, Abbas Azmi dalam kenyataannya kepada portal Malaysiakini.

 

Terdahulu Pengerusi AMANAH Selangor, Ir Izham Hashim berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti calon sesuai untuk bertanding pada PRU14 khususnya di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dikuasai PAS.

 

“Kita dalam usaha menapis calon yang bersesuaian selewat-lewatnya sebelum Ramadan ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

 

AMANAH ditubuhkan akhir tahun lepas oleh sekumpulan pemimpin politik diketuai bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu selepas masing-masing tewas dalam perebutan jawatan secara berkumpulan semasa Muktamar PAS ke-61.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.