Video: Orang Ramai Terkejut Lihat Kehadiran PM Di Pasar Malam

Sri Kembangan – Orang ramai yang berada di pasar malam di Seri Serdang terkejut apabila dihampiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang mengadakan tinjauan mesra di kawasan itu sebentar tadi.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati, perdana menteri turut meluangkan masa untuk beramah mesra dan bersalaman dengan pengunjung serta peniaga.

 

 

Perdana Menteri berkata, beliau berpuas hati dengan harga barangan basah seperti sayur-sayuran dan ikan segar yang dijual pada harga berpatutan.

 

“Alhamdulillah saya lihat peniaga di sini mengenakan harga yang berpatutan, seiring nasihat kerajaan supaya bersikap adil kepada pengguna dengan harga minyak kini sudah turun serta musim perayaan akan tiba tidak lama lagi.

 

“Seronok lihat suasana riuh-rendah dan pelbagai barangan basah dijual di sini. Saya juga sempat bersembang dengan peniaga untuk bertanyakan harga barangan,” katanya dalam entri di laman sosial Facebook.

 

Salah seorang pengunjung yang ditemui, Mahadi Mahbol berkata beliau berbangga melihat kehadiran perdana menteri itu.

 

“Seronok bila lihat perdana menteri mai (datang). Saya rasa bangga sangat melihat beliau yang cukup selamba dengan gaya yang penuh spontan.

 

“Paling menarik, saya lihat perdana menteri turut membeli dan menikmati air cendol dalam cawan plastik” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Orang ramai yang kebetulan berada di kawasan tersebut dilihat tidak melepaskan peluang untuk bersalam dan bergambar dengan perdana menteri.

 

Di dalam tinjauan mesra itu, perdana menteri dilihat turut memeriksa harga-harga barang yang dijual selaras dengan saranan kerajaan supaya peniaga menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga minyak.

 

Masyarakat sebelum ini mengeluh ekoran kenaikan harga barang yang semakin melambung tinggi.

 

Berikut adalah gambar-gambar sekitar lawatan mesra perdana menteri sebentar tadi:

 

PM Pasar malam 1 PM Pasar malam 2 PM Pasar malam 3 PM Pasar malam 4 PM Pasar malam 5 PM Pasar malam 6

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.