Sekatan Ekonomi Perlu Dijadikan Satu Jenayah – Dr. M

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sekatan ekonomi perlu dijadikan satu jenayah antarabangsa kerana perkara itu merupakan satu bentuk penindasan daripada negara-negara kuasa besar ke atas negara lain.

 

Menurut beliau, sekatan ekonomi memberi kesan yang hampir serupa seperti peperangan kerana sesebuah negara boleh menderita tanpa bekalan makanan dan ubat-ubatan.

 

“Kesan sekatan adalah sama dengan perang, ini kerana sekatan boleh dikenakan oleh negara yang kuat kepada negara yang lemah,’’ katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum sempenan Ulangtahun ke-40 hubungan bilateral antara Malaysia dan Cuba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

 

Yang turut hadir, Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali; Duta Cuba ke Malaysia, Ruben Perez Valdes dan isteri Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.