Samsung Tinggalkan Android

Samsung Electronics bukan sahaja akan menambah gaya terhadap jam pintar terbarunya tetapi juga dijangka terus menggunakan sistem pengoperasian (OS) sendiri Tizen berbanding Android yang dibangunkan Google selama ini.

 

Walaupun spesifikasi lanjut, seperti resolusi dan teknologi pemprosesan produk itu masih tidak diketahui sepenuhnya, Samsung dipercayai menggunakan Tizen sebagai sebagai strategi masa depan terhadap OS itu.

 

Jam itu akan turut memaparkan ciri menarik termasuk penggunaan teknologi caj tanpa wayar, lapor The Korea Herald.

 

Kebanyakan jam pintar sekarang mengalami masalah bateri yang cepat habis.

 

Pasaran jam pintar tahun ini dijangka menggalakkan.

 

Apple juga dijadual mengeluarkan jam pintar terbaru mereka pada April ini dan pembuat jam tradisional seperti Swatch juga dikatakan akan mengambil bahagian dalam bidang itu.

 

“Apabila pasaran jam pintar berkembang, nampaknya akan ada segmen baru seperti pasaran telefon pintar sekarang ini,” seorang sumber industri dilapor sebagai berkata.

 

Selain itu, Samsung juga dispekulasi akan menggunakan bentuk bulat seperti jam tradisional berbanding segi empat sekarang ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.