PM Singapura Terima Ugutan Bunuh

Singapura – Satu laporan polis dibuat susulan beberapa ancaman terhadap Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kata jurucakap polis pada Ahad.

 

Beliau berkata “siasatan sedang dijalankan”.

 

Saluran televisyen tempatan, Channel NewAsia (CNA), melaporkan ancaman itu dibuat dalam catatan di laman Facebook pada 6 Feb lepas.

 

Dalam satu daripada catatan itu, penulis mengugut untuk menembak perdana menteri manakala catatan lain mendakwa satu bom ditinggalkan di Lapangan Terbang Changi.

 

CNA melaporkan catatan itu turut ditag kepada Lee dan Polis Singapura. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.