Pesawat Chile Terhempas Tahun 1961, Baru Kini Ditemui

Sekumpulan pendaki gunung di Chile telah melaporkan mereka telah menemui bangkai pesawat yang terhempas di Andes, 54 tahun yang lalu, pada Ahad.

 

Insiden tersebut yang melibatkan pesawat LAN Chile Douglas DC-3, yang dilaporkan terhempas pada 3 April 1961 membawa 34 orang penumpang dan anak kapal, termasuk lapan pemain bola sepak profesional, Green Cross.

 

Kesemua mangsa telah dianggap meninggal dunia.

 

Kumpulan tersebut berkata mereka menemui pesawat tersebut pada ketinggian 3,200 meter kira-kira 360 kilometer dari selatan Santiago.

 

Salah seorang ahli ekspedisi, Leornardo Albornoz berkata kepada Channel Chile 7 yang dipetik agensi berita AFP, mereka telah menjaga kerahsian tapak penemuan tersebut untuk mencegah kecurian.

 

Pesawat tersebut telah hilang sejak hari kejadian, tetapi ada khabar angin yang mengatakan juruterbang LAN telah ternampak pesawat tersebut berhampiran bandar Linares.

 

Bagaimanapun, para pendaki berkenaan enggan memberikan lokasi kejadian yang tepat kepada media Chile dengan alasan tidak mahu lokasi kemalangan tersebut diganggu. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.