Pengalaman Menggerunkan Jurugambar Ditumbuk Gorila Mabuk

SEORANG jurugambar berhadapan dengan saat menggerunkan apabila mukanya ditumbuk oleh seekor gorila yang mabuk.

 

Ketika kejadian, Christophe Coureau, 46, sedang mengambil gambar di hutan Volcanoes National Park di Rwanda, apabila seekor gorila jantan menyerang secara tiba-tiba.

 

Ibarat babak pergaduhan di sebuah bar, gorila yang juga dikenali sebagai Akarevuro seberat 250 kilogram itu kelihatan seperti mengepal penumbuk ketika hendak menyerang jurugambar berkenaan.

 

Apa yang menakjubkan, Chris sempat merakamkan detik sebelum diserang oleh gorila berkenaan ketika dia berada di lereng Gunung Virunga.

 

 

Dia berkata kemungkinan gorila berkenaan mabuk disebabkan memakan batang buluh, yang telah menjadi tapai hingga menyebabkan haiwan berkenaan mabuk.

 

Christophe, yang berasal dari Britanny, Perancis berkata: “Semua ahli keluarga haiwan tersebut dilihat sangat teruja pada hari ini, ia mungkin disebabkan mereka makan batang buluh, sekaligus menyebabkan gorila tersebut menjadi sangat mabuk dan teruja.

 

“Tiba-tiba, Akarevuro, menghampiri dan menyerang saya.  Saya tidak dapat melarikan diri kerana sedang mengambil gambar dalam keadaan melutut.

 

“Dalam sekelip mata, Akarevuro berada di atas saya, memukul saya macam pemain ragbi. Saya sangat terkejut apabila merasakan dipukul oleh sesuatu yang amat dahsyat.

 

“Sebaik sahaja melihat kelibat seekor Akarevuro betina, gorila berkenaan tidak menghiraukan saya, dan ia mula menolak saya ke tepi dengan tangan kirinya. Ia kemudiannya melarikan diri ke kawasan semak berhampiran kerana tertarik dengan kehadiran gorila betina berkenaan,” katanya. – metro.uk / MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.