PAS Mahu Bawa Mak Sirul Ke Australia

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau mahu membawa ibu bekas anggota komando polis, Sirul Azhar Umar ke Australia bagi melihat perkembangan anaknya di sana.

 

Katanya lagi, beliau mahu mempertemukan Sirul dengan ibunya, Piah Samad kerana wanita 74 itu khuatir jika tidak dapat berjumpa lagi sebelum akhir hayatnya.

 

“Jadi (ibunya) sangat sedih, kami minta komitmen (kedtuataan Austalia) untuk uruskan ibu Sirul, bawa (beliau) jumpa Sirul,” katanya dalam sidang media di Keduataan Austalia.

 

Mahfuz hari ini menyerahkan surat memohon Australia menerbangkan ibu Sirul ke negara Kanggaru itu.

 

PAS juga meminta negara itu memberi “perlindungan” kepada Sirul.

 

Sirul pada 13 Januari lalu diputuskan bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu bersama Azilah Hadri. Mereka dijatuhi dihukum gantung oleh Mahkamah Persekutuan, mahkamah
paling tinggi di negara ini.

 

Kerajaan Malaysia tidak dapat membawa pulang Sirul kerana undang-undang Australia tidak membenarkan seseorang yang berdepan hukuman gantung untuk diekstradisi. – Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.