‘PAS Jamin Tak Bawa Hudud Ke Parlimen Lagi’

PAS memberi jaminan tidak akan membawa rang undang-undang persendirian berkaitan hudud ke parlimen selagi perkara berkaitan tidak diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

 

Ketua penerangannya Datuk Mahfuz Omar berkata hudud itu tidak boleh dilaksanakan selagi tidak mendapat persetujuan bersama gabungan pembangkang.

 

“Apa yang dibincang dalam mesyuarat semalam, jangan bawa ke Parlimen lagi.

 

“Jadi bawa setakat dewan negeri (Kelantan) saja, sehingga diputuskan oleh Majlis (Presiden) Pakatan Rakyat,” katanya.

 

Mengulas pengumuman Kelantan untuk mengadakan sidang khas berkaitan Undang-undang Enakmen Syariah II, Mahfuz menjawab:

 

“Ia bukan undang-undang baru, enakmen itu sudah ada. Mereka nak buat pindaan sahaja.

 

“Mereka nak pinda beberapa perkara untuk dikemaskini,” katanya menjawab soalan pemberita.

 

Semalam, mesyuarat Pakatan tidak membuat sebarang kata sepakat dalam perkara berkaitan pelaksanaan hudud dan pilihan raya tempatan (PBT) serta akan membawanya ke mesyuarat khas.

 

Namun selang beberapa jam selepas itu, menteri besar Kelantan mengumumkan akan meneruskan sidang kas DUN berkaitan hudud yang ditangguhkan sebelum ini. – MKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.