Kuala Selangor Lokasi Muktamar Pas

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 tahun ini dijadualkan berlangsung di Kuala Selangor, Selangor pada Jun depan.

 

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, beberapa lokasi lain turut dipertimbangkan untuk penganjuran muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat.

 

“Muktamar dijangka berlangsung selama tiga hari manakala beberapa hari lagi akan diperuntukkan untuk pemilihan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat di Pejabat Agung Pas di sini hari ini.

 

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.