Kopitiam Tak Boleh Turunkan Harga

Kuala Lumpur – Kenaikan atau penurunan harga petroleum tidak mempengaruhi harga senarai makanan yang dijual di kopitiam di Kuala Lumpur dan Selangor.

 

Ini kerana, operator kopitiam setiap kawasan menetapkan harga berlainan kerana dipengaruhi faktor lain seperti kadar sewa dan upah pekerja, kata Persatuan Pengusaha Kedai Kopi dan Teh Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

 

Presidennya Hang Chin Peng justeru berkata setakat ini tiada cadangan untuk menurunkan harga makanan dalam menu.

 

“Dahulu sewaktu harga petrol dan tarif elektrik naik, harga kami kekal.

 

“Di kawasan bandar, harga sewa dan upah pekerja adalah lebih tinggi.

 

“Oleh sebab itu, ada tempat harga kopinya sekitar RM1.40 sehingga RM1.60 dan ada tempat harga kopinya pula antara RM1.70 ke RM1.80,” katanya.

 

Hang juga memberi jaminan bahawa tiada sebarang kenaikan harga akan berlaku jika harga petrol naik semula seperti sebelum ini.

 

“Kami tidak akan menaikkan harga kami walaupun harga petrol naik,” kata Hang.

 

Sebilangan pengguna kini merungut apabila penurunan harga petrol di pasaran tidak menyebabkan harga barang keperluan harian serta makanan turut turun.

 

Ini kerana, harga barang keperluan harian dan makanan kebiasaannya turut naik apabila harga petrol dinaikkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.