Kalau Esok Anwar Tak Salah, Kita Terima Sahajalah – Dr Mahathir

Kuala Lumpur – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta supaya orang ramai supaya menerima apa jua keputusan berhubung kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Jelas Mahathir, dalam sebuah negara yang mempunyai undang-undang, sebarang keputusan yang dibuat mahkamah perlu diterima sama ada ketua pembangkang itu dibebaskan atau sebaliknya.

 

“Rakyat mesti terima (sebarang keputusan). Negara ini ditadbir dengan undang-undang.

 

“Kalau mahkamah berpendapat dia (Anwar) tak salah, kita terima sahajalah.

 

“Jangan ada orang kata nanti, kalau orang besar buat salah, tak  apa (dibebaskan),” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung nasihatnya kepada orang ramai yang akan ke Istana Kehakiman esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.