Kaji Dahulu Apa Ismail Sabri Kata – Dr Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta orang ramai mengkaji terlebih dahulu kenyataan yang dibuat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Ismail.

 

Ini kerana, kata Mahathir, sekiranya kenyataan itu hanya berpandukan kepada berita akhbar, ia tidak mencukupi.

 

“Saya fikir sebelum tuduh menuduh, kaji dulu apa yang dia (Ismail) kata.

 

“Kalau kita tengok dalam surat khabar sahaja tak cukup,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ulang tahun dua hala hubungan antara Cuba dan Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

 

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilihat membela menteri kabinetnya berhubung kenyataan Ismail yang menggesa orang ramai memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.