Jalan Depan Istana Kehakiman Tutup Mulai 8 Malam Ini

Putrajaya – Jalan utama hadapan bangunan Istana Kehakiman, di sini ditutup mulai pukul 8 malam ini berikutan keputusan kes berprofil tinggi melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung esok.

 

Jurucakap polis berkata, tindakan tersebut dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

 

Sementara itu, Pejabat Istana Kehakiman dalam notis yang dilekatkan di pekarangan bangunan itu berkata, semua warga kerja Istana Kehakiman dinasihatkan menggunakan laluan masuk dari arah belakang bangunan untuk memasuki tempat letak kereta kakitangan, esok.

 

“Adalah dipohon agar semua warga kerja Istana Kehakiman dapat hadir ke pejabat lebih awal esok.

 

“Bagi tujuan keselamatan dan ketenteraman pula, kita akan memperketatkan lagi kawalan keselamatan pada hari tersebut dengan semua laluan ke Istana Kehakiman akan dikawal rapi. Semua pintu pagar roller shutter akan ditutup pada pukul 8.30 pagi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.