Ivory Coast juarai Piala Negara-Negara Afrika

Bata (Equatorial Guinea) – Penjaga gol Boubacar Barry muncul wira dengan berjaya menjaringkan gol bermakna buat Ivory Coast, sekaligus menamatkan penantian 23 tahun untuk menjuarai Piala Negara-Negara Afrika pada final menentang Ghana menerusi penentuan penalti 9-8, awal pagi tadi.

 

Pemenang untuk Piala Negara-negara Afrika kali ini terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti berikutan kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada masa sebenar perlawanan dan masa tambahan.

 

Ivory Coast berjaya mengulangi sejarah apabila berjaya mendakap piala berkenaan kembali selepas menjuarainya pada 1992, yang juga menewaskan Ghana menerusi penentuan penalti.

 

Perlawanan final ini yang diadakan di Bata, ibu negara Equatorial Guinea menyajikan percaturan taktikal terbaik dan kemahiran pemain yang menarik pada malam kemuncak bagi merebut piala paling berprestij di benua Afrika itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.