Ismail Sabri Telah Beri Kenyataan Pada Polis Petang Tadi

Kuala Lumpur – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengesahkan beliau sudah memberi kenyataan kepada polis yang menyiasat kenyataan Facebook yang menyeru orang Melayu supaya memulau peniaga Cina.

 

Ketika ditanya sama ada beliau sudah menemui polis untuk memberi kenyataannya, menteri itu mengiyakannya dan berkata ia dirakam petang tadi.

 

“Ya,” menteri itu hantar sms kepada Malay Mail Online, sambil menyatakan Ketua Polis Negara akan juga mengeluarkan kenyataan mengenainya.

 

Ismail Sabri kini sedang disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Jenayah kerana yang antaranya mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan “ketakutan atau menggemparkan orang awam”.

 

Tuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 

Tuduhan itu juga terdapat satu pengecualian yang menyatakan “ia bukan suatu kesalahan dalam maksud seksyen ini, apabila orang yang membuat, menyiarkan atau mengedarkan sesuatu kenyataan, khabar angin atau laporan yang mempunyai asas munasabah untuk mempercayai bahawa kenyataan berkenaan, khabar angina atau laporan adalah benar dan membuat, menyiarkan atau mengedarkannya tanpa niat dinyatakan sebelum ini.”

 

Isnin lalu, Ismail Sabri mencetuskan kontroversi berikutan posting Facebook beliau menyeru pengguna Melayu supaya memulau peniaga Cina yang mengambil keuntungan berlebihan.

 

Katanya, harga barangan mahal walaupun harga minyak sudah turun, adalah satu bentuk sabotaj bertujuan membuat orang awam menentang kerajaan.

 

Menjelaskan kenyataannya, Ismail Sabri berkata, beliau tidak menujukan kata-kata terhadap masyarakat Cina, tetapi hanya kepada peniaga Cina degil yang menaikkan harga dan menyebabkan kos mahal.

 

Semenjak itu menteri berkenaan sudah memadamkan posting Facebooknya dan Putrajaya mengeluarkan kenyataan ‘menjelaskan’ Ismail Sabri merujuk kepada semua peniaga tidak bertanggungjawab dan bukan hanya keturunan Cina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.