Hak Kebebasan Bersuara Diguna Hina Islam – Umat Islam UK

LONDON: Ribuan umat Islam berkumpul di Downing Street di sini pada Ahad bagi membantah gambaran menghina Nabi Muhammad seperti yang diterbitkan majalah Charlie Hebdo.

 

Cherlie Hebdo yang berpangkalan di Paris sebelum ini telah diserang oleh kumpulan bersenjata sehingga mengorbankan 12 kakitangan yang turut bertanggungjawab menghina Islam.

 

Forum Tindakan Islam (MAF) yang merupakan penganjurkan perhimpunan tersebut memberitahu, Cherlie Hebdo sering menggunakan hak kebebasan bersuara untuk menghina Nabi Muhammad menerusi sindiran dan karikatur.

 

Jurucakap MAF, Shaykh Tauqir Ishaq memberitahu, kekejaman pelampau dalam melakukan pembunuhan bukan tindakan yang betul dalam Islam, tetapi media bukan juga perlu melakukan tanggungjawab dengan baik.

 

“Pencinta keamanan sentiasa menghebahkan tentang kebaikan global dan bukan mewujudkan pendebatan, ketegangan dan pemikiran emosional.

 

“Media Perancis berbeza dengan media di United Kingdom kerana di British pihak media sentiasa menjaga sensitiviti umat Islam. Kami menghargainya,” jelasnya.

 

Sementara itu, pihak berkuasa memberitahu, tiada penahanan dilakukan terhadap peserta perhimpunan berkenaan. – MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.