Bible Di MRSM Bukan Isu

Laporan sebuah portal dalam talian mengenai larangan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) terhadap pelajar Kristian membawa Bible ke sekolah disangkal oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

 

“Jika terhadap peraturan seumpamanya, ia salah,” petik kata Shafie dalam laporan akhbar berbahasa Inggeris, The Star hari ini.

 

Beliau juga mengakui, pelajar bukan Islam yakni pelajar-pelajar Kristian turut disediakan kemudahan menganut agama mereka, antaranya perkhidmatan pengangkutan ke gereja setiap hari Ahad.

 

Isu tersebut timbul selepas pendedahan keengganan ibu bapa pelajar bukan Islam menghantar anak mereka melanjutkan pendidikan ke Tingkatan Empat di MRSM berikutan peraturan yang melarang pelajar bukan Islam mengamalkan aktiviti keagamaan.

 

Laporan akhbar The Star turut menyatakan isu yang sama pernah dibawa oleh ahli DAP pada tahun lalu dan dinafi oleh pihak kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.