Asus FonePad 7, Lebih Elegan

Kuala Lumpur – Asus Malaysia tampil dengan kemas kini tablet terbarunya, Asus FonePad 7 (FE171CG) yang boleh dikategorikan sebagai naik taraf daripada tablet FonePad 7 yang sedia ada di pasaran.

 

Boleh didapatkan di pasaran tempatan dengan harga cadangan RM529 seunit hari ini, tablet ini tampil dengan rekaan yang lebih berkualiti untuk pengguna.

 

Tablet ini  memiliki ketebalan sekitar 7.9mm dan berat 280gm, yang mana jika dibandingkan dengan model sebelumnya, 2.8mm lebih tipis dan 10gm lebih ringan sekaligus sesuai untuk penggunaan seharian yang berterusan.

 

Asus FonePad 7 memiliki keupayaan untuk membuat panggilan apabila turut disertakan sambungan 3G serta memiliki slot untuk dua-SIM yang sememangnya telah menjadi trend untuk pengguna masa kini.

 

Bersaiz 7 inci, rekaannya yang tipis dan ringan memudahkan pengguna untuk membuat panggilan, meskipun saiznya agak besar berbanding telefon pintar konvensional.

 

Tablet ini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel, memori RAM 2GB, ruangan storan 16GB, kamera belakang 8 megapiksel dengan lensa f/2.4 serta kamera hadapan 2 megapiksel.

 

Fonepad 7 ini didatangkan dengan pilihan warna hitam, putih, emas dan merah dengan tekstur unik yang memudahkan genggaman pengguna ketika berkomunikasi sama ada melalui panggilan atau permesejan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.