ADUN DAP Dakwa Khutbah Jumaat Mengenai Tutup Aurat Letak Kesalahan Pada Wanita

Kuala Lumpur – Selepas peguam Eric Paulsen melabel khutbah Jumaat Jakim ekstremis kini seorang exco Pulau Pinang pula mengkritik khutbah Jumaat Jais yang menyentuh mengenai isu tutup aurat bagi mengelakkan daripada dirogol.

 

Exco wanita Chong Eng berkata, mesej khutbah Jumaat Jais itu memberi maklumat silap mengenai rogol, menyalahkan mangsa rogol dan menunjukkan berat sebelah lelaki dalam kepimpinan agama.

 

“Malangnya, khutbah Jais memberi maklumat mengelirukan, tidak bertanggungjawab, kurang hormat dan jelas berat sebelah lelaki.

 

“Mesej tutup aurat langsung tidak membantu mangsa wanita dari segi serangan seksual dan penderaan.

 

“Sebaliknya, ia mengalihkan kesalahan dan tanggung jawab mencegah jenayah seksual ke atas mangsa dan bukannya orang yang menyerang,” kata Chong yang juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dalam satu kenyataan hari ini.

 

Jumaat lalu, Jais menukilkan khutbah Jumaat bertajuk “Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri.”

 

Dalam khutbah itu, Jais berkata, wanita Muslim wajib menutup aurat bagi mengelakkan daripada diganggu secara fizikal atau mental, bagi mengelakkan fitnah, pandangan jahat dan perkara yang buruk.

 

Kejadian seperti rogol, zina dan sumbang mahram boleh dielak jika wanita menutup aurat, menurut khutbah itu.

 

Chong berkata, penekanan Jais terhadap aurat wanita dan menyalahkan mangsa menunjukkan kepimpinan agama Malaysia tidak sensitif gender atau memahami isu wanita.

 

Beliau menyeru usaha konkrit dilakukan bagi meningkatkan perwakilan wanita dalam semua sektor, terutama kepimpinan agama.

 

Chong yang juga wakil rakyat DUN Padang Lalang dan bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, rogol membabit perkara lebih rumit daripada kegagalan wanita untuk menutup aurat.

3 thoughts on “ADUN DAP Dakwa Khutbah Jumaat Mengenai Tutup Aurat Letak Kesalahan Pada Wanita

  • February 10, 2015 at 9:23 am
    Permalink

    Tengok la tajuk tu dulu, baru comment…

    Reply
  • February 18, 2015 at 10:53 am
    Permalink

    Dia ni beri pendapat peribadi,dan dia tak ada agama…. nasib baik dia tak kata ,, kalau bogel pun org tak akan rogol ,… betul lah ,kalau yg bogel tu dia sendiri ,perogol pun tak naik nafsu pada dia ……..

    Reply
  • March 3, 2015 at 5:08 pm
    Permalink

    berat 66 cina ni….
    hrp kerajaan ambk tindakan
    jgn berdiam diri…
    mg cina ikut mg la nk bogel pon
    rohok mg….
    xthu sal agama islam jgn ckp

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.