90 Penggodam Siber Berkumpul Di Tokyo

TOKYO – Kira-kira 90 penggodam dari beberapa buah negara berkumpul di Tokyo, Jepun, bagi menyertai pusingan akhir Pertandingan keselamatan 2014 (Seccon).

 

Menurut laporan AFP, penggodam muda Jepun diuji bersama pesaing antarabangsa yang disertai 90 penggodam dalam 24 pasukan dari tujuh negara dan wilayah iaitu China, Japan, Poland, Russia, Korea Selatan, Taiwan dan Amerika Syarikat.

 

Menurut penganjur, pemenang pertandingan akan mara ke pertandingan berprestij Def Con CTF (Capture the Flag) yang dijangka diadakan pada akhir tahun ini.

 

“Terdapat keperluan mengadakan sebuah forum di mana penggodam muda boleh mengembangkan lagi pemahaman mereka mengenai dunia luar. Ia juga penting bagi mengelakkan mereka daripada menyalahgunakan kemahiran dimiliki,” menurut ketua jawatankuasa penganjur Seccon, Yoshinori Takesako.

 

Katanya lagi, penganjuran pertandingan itu turut mendapat sokongan agensi kerajaan, syarikat teknologi dan ahli akademik yang ingin mengubah imej media Jepun yang jauh ketinggalan berbanding negara lain dalam bidang keselamatan siber.

 

Seccon direka untuk membolehkan jurutera teknologi muda Jepun menunjukkan kemahiran mereka di pentas dunia, di samping menggalakkan lebih ramai menyertai dunia keselamatan siber. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.