7,000 Pemuda UMNO Seluruh Negara Bantu Kerja Pembersihan Pasca Banjir

Kuala Lumpur – Pemuda Umno telah menggerakkan lebih 7,000 anggotanya di seluruh negara bagi membantu kerja pasca banjir di negeri-negeri terlibat baru-baru ini.

 

Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata mereka membantu untuk kerja-kerja pembersihan kawasan termasuk sekolah, masjid, hospital serta pembinaan semula rumah dan pengagihan bantuan keperluan.

 

Pergerakan itu juga telah mengumpul lebih RM300,000 sumbangan tunai dari syarikat korporat dan ia telah disalurkan kepada mangsa banjir, katanya kepada pemberita selepas majlis ‘flag off’ konvoi sumbangan kelengkapan hospital kepada Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di Kelantan oleh Kolej Universiti Segi di sini, Isnin.

 

Turut hadir Naib Canselor Kolej Universiti Segi Prof Muhammad Awang.

Muhammad pula berkata, selain menyumbang kelengkapan hospital bernilai RM200,000, universiti berkenaan merancang untuk menyumbang kelengkapan sekolah seperti meja dan kerusi di Maran, Pahang.

 

“Kita difahamkan semasa sukarelawan kita ke sana, ada murid yang belajar di lantai, jadi kita akan hantar sumbangan ini dalam masa terdekat,” katanya. – mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.