Ketatkan Pengawasan Produk Kesihatan Boleh Bawa Maut

KUALA LUMPUR – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengggesa kerajaan supaya mengetatkan lagi pengawasan terhadap iklan produk-produk kesihatan dan kecantikan tidak berdaftar yang boleh membawa maut ke atas pengguna.

Presidennya, Dr. N.K.S Tharmaseelan berkata, Lembaga Iklan Ubat (LIU) di bawah Kementerian Kesihatan harus mengambil lebih ramai pekerja dan menyediakan dana untuk memantau iklan-iklan produk berkenaan yang ditampilkan secara meluas dalam Facebook, blog, televisyen dan akhbar.

“Ada banyak produk di pasaran yang tidak diuji dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab ini mengiklankan produk mereka secara bebas dan ada sesetengah syarikat yang membuat iklan palsu kononnya produk mereka diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

“Memang mustahil untuk memantau setiap produk dan mengambil tindakan kecuali jika ada pihak yang membuat aduan,” kata beliau kepada Bernama hari ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.