Tiga Individu Ditahan Hina Sultan Muhammad V

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga individu semalam bagi membantu siasatan terhadap dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu baginda meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata tiga individu itu ialah Eric Liew Chee Ling, 46, Azhan Akhtar Abdullah, 27, dan Nur Alia Astaman, 26.

“Pengguna Facebook, Eric Liew dan pemilik akaun Twitter masing-masing @azhamakhtar dan @aliaastaman ditahan selepas polis menerima beberapa laporan berhubung tindakan mereka yang memuat naik komen berunsur hinaan menerusi media sosial berkenaan.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menasihatkan orang ramai supaya menggunakan media sosial secara berhemah dengan tidak mengeluarkan kenyataan bersifat provokatif.

“Elakkan memanipulasi isu peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong XV sehingga mampu menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negara ini,” katanya. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!