Polis Tahan Lelaki Bagi Siasatan Kes Pembunuhan Bekas Calon AMK

SHAH ALAM – Seorang saksi yang dicari dalam kes pembunuhan bekas calon Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mati ditetak sekumpulan lelaki menggunakan parang kelmarin kini ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber polis memberitahu, M. D. Ozziram atau dikenali sebagai Ozi, 25, yang alamat terakhir di Taman Karupiah, Padang Jawa, Klang, ditahan petang semalam ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama peguamnya.

“Berdasarkan semakan, Ozi merupakan seorang penganggur dan permohonan perintah reman akan dilakukan terhadap individu terbabit,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kelmarin, M. Thiyahu, 30, maut selepas ditetak di muka, belakang kepala, tangan kanan dan kedua-dua belah kakinya dengan parang di tingkat bawah Flat PKNS, Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini.

Berikutan itu, semalam, empat individu termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 25 tahun ditahan dan dibenarkan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.