Pegawai JKM Direman 6 Hari

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang bantuan berjumlah RM15,000.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perintah reman ke atas lelaki berusia 38 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Sungai Petani Balkhis Abdul Halim.

Lelaki itu ditahan di JKM Kulim pada 3 petang semalam bagi membantu siasatan menurut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, siasatan awal SPRM mendapati suspek dipercayai menyeleweng wang bantuan berjumlah RM15,000 yang sepatutnya diserahkan kepada penerima bagi tujuan membaiki rumah dan pembekalan mesin jahit bagi tempoh 2015 hingga 2017.

Pengarah SPRM Kedah, Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kes itu.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.