Najib Terkejut PH Puji MITI

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Najib Razak hari ini melahirkan rasa terkejut apabila Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan memuji strategi kementerian itu sejak 10 tahun lalu di bawah pentadbiran BN.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah kerajaan PH tiba-tiba mengeluarkan kenyataan pagi ini untuk memuji kerajaan BN semasa saya Perdana Menteri.

“Biar betul. Pelik bin ajaib. PH bukan kata Malaysia sudah hancur dan semakin bankrap di bawah kerajaan BN masa saya?

“Kerajaan BN bukan sebuah kerajaan yang gagal? Puji pula hari ini,” kata Najib menerusi satu hantaran di Fabook beliau hari ini.

MITI dilaporkan berkata, strategi yang dilaksanakan kementerian itu sejak 10 tahun lepas terbukti berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM1.9 trilion dalam semua sektor ekonomi.

Bernama hari ini yang melaporkan kenyataan MITI, berkata walaupun pasaran pelaburan dunia mengalami kelembapan, Malaysia masih mampu mencatat pelaburan diluluskan bernilai RM197.1 bilion dalam sektor-sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama pada 2017.

Pelaburan itu membabitkan sebanyak 5,466 projek yang dijangka berupaya mewujudkan sebanyak 139,520 pekerjaan di negara ini.

Menurut MITI, perdagangan Malaysia juga cemerlang pada 2017 apabila mencatat kadar pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 13 tahun serta kekal kukuh pada November 2018 dengan berkembang sebanyak 3.2 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM162.03 bilion.

Eksport turut tumbuh sebanyak 1.6 peratus tahun ke tahun kepada RM84.79 bilion pada November 2018 manakala import meningkat 5.0 peratus kepada RM77.24 bilion yang menyumbang kepada lebihan dagangan sebanyak RM7.55 bilion.

Malah, lebihan dagangan itu merupakan bagi bulan ke-253 berturut-turut sejak November 1997.

Mengulas lanjut, Najib berkata, kerajaan BN memerlukan sebanyak 10 tahun untuk menarik RM1.9 trilion.

Najib dalam masa yang sama menyindir pemimpin Pakatan Harapan yang kononnya mampu menarik pelabur asing sehingga menyumbang RM1.6 trilion hanya dalam masa beberapa bulan sejak Mei tahun lalu mentadbir. 

“Tetapi, kalah BN jika banding dengan menteri PH itu yang menggunakan masa beberapa bulan sahaja untuk menarik pelaburan asing mencecah RM1.6 trilion dari satu orang pelabur sahaja untuk buat kereta.

“Malangnya, menteri itu sudah konar baring. Pelaburan RM1.6 trilion itu sudah tak jadi. Yang tinggal hanya air liur,” kata Najib.-SuaraTv

One thought on “Najib Terkejut PH Puji MITI

  • January 9, 2019 at 4:08 pm
    Permalink

    Umno ada juga buat yg baik…tapi pemimpin2 kroni kuncu byk buat yg tak baik..seleweng korupsi pecah amanah rasuah?? Yg baik tu baguslah… yg tk baik amacam??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.