Wenger Sedia Rekrut Pemain Baru

Oleh Suzein-Yana

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang berang dengan prestasi pasukan memberi amaran sedia merekrut pemain baru menjelang perlawanan separuh akhir Piala Liga menentang Chelsea, esok.

Ini susulan kekalahan memalukan Gunners di tangan kelab divisyen dua, Nottingham Forest 4-2 dalam aksi pusingan ketiga Piala FA, kelmarin.

Kekalahan pada peringkat itu juga adalah yang pertama buat Wenger sejak tiba di kelab utara London itu pada 1996.

Keputusan Wenger melakukan sembilan pertukaran itu memakan diri sendiri apabila gagal menyerlah dan menyaingi lawan.

Pengurus dari Perancis itu dilihat lebih mengutamakan aksi pusingan pertama Piala Liga menentang Chelsea di Stamford Bridge dengan mengharapkan kejutan di tempat lawan.

Arsenal juga berkemungkinan gagal layak ke Liga Juara-Juara untuk kali kedua berturut-turut.

Minggu lalu Arsenal dikatakan telah membeli pertahanan Greece, Konstantinos Mavropanos dalam usaha memulih semula reputasi mereka.

Penyerang Chile, Alexis Sanchez dan juga Ozil kini tidak akan bersama skuad Gunners memaksa Wenger mencari penganti yang sesuai dalam masa yang singkat.

Selain pertahanan dari Greece kini Wenger sedang mengintai beberapa muka baru dan muda untuk mengisi slot sebelum masuk ke pusingan kedua yang akan berlangsung di Emirate 24 January.

Bagaimanapun, Gunners yang seri dua kali menentang Chelsea dalam aksi liga tidak pernah menang di kubu lawan itu sejak 2011.

Sesuatu yang boleh membantu anak buah Wenger ialah mengharapkan tuah selepas pengurus Chelsea, Antonio Conte mengakui pemainnya keletihan akibat mengharungi jadual padat perlawanan. Arsenal bakal bertemu Chelsea pada aksi separuh akhir esok untuk memburu juara Liga di mana kali terakhir mereka menjulang trofi liga 2004

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.