Video: Tun M Hanya Jadi PM Sementara, Banduan Bakal Ganti – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr.Ibrahim Ali melihat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Sementara sahaja dan bakal digantikan oleh seorang banduan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, tindakan ini dilihat sebagai satu penghinaan kerana Anwar yang merupakan seorang banduan dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri ke-8.

“Tun Mahathir ini dilantik jadi PM Pakatan Harapan tapi hanya untuk tempoh 6 hingga 12 bulan.

“Dan selepas itu, proses pengampunan untuk Anwar Ibrahim dan dia dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri ke-8.

“Saya punya pendirian, ia sangat menghina saya sebab apa Pilihanraya ini, bakal menobatkan bekas banduan untuk menjadi Perdana Menteri.Adakah ini matlamatnya?”katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat Perkasa di sini hari ini.

Tambahnya lagi, sekiranya perkara ini berlaku, bagaimana Pakatan Harapan mahu mentadbir negara sekiranya undang-undang tidak dihormati.

“Kalau inilah caranya, Pakatan Harapan pada awal-awal lagi, saya tak tahu lah bagaimana dia nak mentadbir negara nanti.

“Pertamanya kita kena hormat undang-undang, kita memegang demokrasi berpalimen, kita ada perlembagaan,” ujarnya.

Pakatan Harapan Ahad lalu mengumumkan akan bertanding 165 kerusi Parlimen pada PRU14 dan agihan 52 kerusi Parlimen untuk ditandingi PPBM, PKR (51 kerusi), DAP (35 kerusi) dan PAN 27 kerusi dan mencalonkan Tun Mahathir sebagai Bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan dan Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.