Video: Pemuda Ini Diculik Dan Dipaksa Kahwin Dengan Wanita Tak Dikenali

Seorang lelaki menangis dan memohon untuk dibebaskan selepas diculik dan dipaksa untuk berkahwin dengan wanita yang tidak dikenali.

Dilaporkan oleh Mirror.co.uk, lelaki itu, Vinod Kumar telah dipaksa berkahwin dengan seorang wanita di Bihar, India. Vinod Kumar adalah jurutera yang bekerja di sebuah kilang keluli.

Dia dikatakan telah menjadi mangsa ‘Pakdua Shadi’.

‘Pakdua Shadi’ adalah detik-detik di mana keluarga perempuan menculik lelaki untuk dinikahkan dengan anak perempuan mereka, kerana tidak mampu membeli mas kawin, atau daerahnya mengalami kekurangan lelaki.

Pada mulanya, Vinod pergi ke Patna untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya pada 2 Disember tahun lepas.

Namun setibanya di Patna, Vinod diajak bertemu seorang kenalan bernama Surendra Yadav.

Vinod berkata, Surendra dan seorang rakannya telah merancang penculikan terhadap dirinya.

Pria diculik lalu dipaksa menikah

“Saya dan rakan saya telah dijadikan tebusan ketika berada di Gopkita, dan Surendra dan keluarganya terus mengugut kami,” kata Vinod Kumar.

Salah seorang ahli keluarga Surendra mengacukan pistol ke arah Vinod.  Dia juga dipaksa untuk berkahwin dengan wanita dalam keluarga mereka.

Merasakan keselamatannya terancam, Vinod tiada pilihan dan terpaksa mematuhi permintaan Surendra.

Pria diculik lalu dipaksa menikah

Perkahwinan tersebut telah dirakamkan dan dimuat naik ke YouTube.

Ketika majlis berlangsung, Vinod Kumar terus menangis.

Satu di antara keluarga si perempuan menghampiri Vinod Kumar dan mengusap air matanya.

“Mengapa anda bimbang? Kami hanya meraikan perkahwinan anda,” ujar perempuan tersebut sambil terus mengusap muka Vinod.

Setelah berkahwin, keluarga Surendra terus menahan Vinod di rumah mereka.

Vinod kemudiannya menghubungi kakaknya yang datang bersama polis namun kakaknya itu menyatakan bahawa penculikan itu bukan kes jenayah dan menganggap Pakdua Shadi adalah “penyakit sosial”.

Namun  tuduhan kakak Vinod itu dinafikan polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.