Tiga Cedera, Menara Milik Donald Trump Terbakar

DUA orang awam dan seorang bomba cedera dalam kejadian kebakaran di Menara Trump di New York pada pagi Isnin.

Pegawai rasmi di Bandaraya New York berkata, sistem pendingin hawa dan haba bangunan menjadi punca kebakaran itu.

Kenyataan daripada jabatan bomba berkata: “Tiga individu disahkan cedera dalam kebakaran yang berlaku di 721 (Fifth Avenue), Menara Trump: dua orang awam mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa dan dirawat di tempat kejadian serta enggan mendapatkan rawatan selanjutnya. Seorang anggota bomba juga tidak mengalami kecederaan yang teruk.


Laporan berita mengenai kebakaran di Menara Trump oleh CBSN.
Rakaman berita menunjukkan para penyelamat berada di atas bumbung bangunan pencakar langit itu yang terletak di tengah-tengah Manhattan.

Menara tersebut merupakan bangunan kediaman dan perniagaan.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang turut memiliki rumah di menara itu berada di Rumah Putih di Washington DC ketika insiden berkenaan berlaku. – The Guardian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.