Saya Masih Radin Yang Dulu

KUALA LUMPUR: Personaliti radio, Radin Amir Affendy, menegaskan kejayaan diraih pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 bukan tiket untuknya mendabik dada apatah lagi mengharapkan layanan istimewa daripada pengurusan tempatnya bekerja.

Kata penyampai Era FM ini, beliau malah tidak berasa dirinya berubah selepas menggenggam trofi Penyampai Radio Popular pada anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan itu, tahun lalu.

Pemuda yang lebih mesra disapa Radin ini berkata, selepas tiga tahun menjadi anggota keluarga radio itu, kejayaan berkenaan tentu saja mencipta sejarah tersendiri buat dirinya, namun ia bukan alasan berubah sikap.

“Tiada apa yang berbeza selepas saya memenangi trofi terbabit dan layanan diterima tetap sama. Sememangnya tiada apa yang berubah dan saya masih seperti Radin yang dulu. Tidak ada istilah permaidani merah selepas saya menang pada ABPBH lalu.

“Saya sendiri masih menganggap diri ini cukup hijau dalam dunia penyiaran radio, berbanding beberapa personaliti lain. Cuma, kejayaan lebih membuka mata banyak pihak terhadap kemampuan saya dalam bidang ini.

“Jika hendak melakuk
Menurut jejaka berusia 27 tahun ini, jika ada perbezaan dirasakannya sekali pun, ia lebih kepada peluang beliau mengembangkan lagi bakat seni dalam diri.

“Apa yang berbeza cuma dari segi peluang kerja. Kini, saya turut ditawarkan peluang berlakon,” katanya.

Buat julung kali, pada tahun lalu Radin diberikan peluang menunjukkan bakatnya di arena lakonan menerusi kemunculan khas dalam drama rantaian, Mencintaimu Mr Photographer. Ia dibintangi dua pelakon muda yang kian mendapat tempat dalam industri seni, Syafiq Kyle dan Hannah Delisha.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.