Robot Seks Lelaki Akan Dijual Tahun Ini, Hadir Dalam Pelbagai Bentuk Dan Saiz

Macam-macam cara dilakukan demi kepuasan nafsu manusia. Selepas dicipta robot seks wanita, kini muncul pula robot seks lelaki dengan  nama Mr. P, yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Ternyata ia merupakan satu gejala sosial yang membimbangkan.

Dilaporkan oleh Dailymail, Matt McMullen, pengasas Realbotix, adalah orang sama yang mencipta Harmony, aplikasi kecerdasan buatan yang diselaraskan dengan sistem kepala robot.

Aplikasi ini membolehkan pengguna memadankan personaliti AI dengan kepala robot humanoid.

Ia didakwa dapat membuat anak patung seks yang paling realistik yang boleh dibayangkan oleh orang awam.

Harmony boleh membuat robot bercakap, belajar dan memuaskan hasrat seksual pelanggan.

Seperti yang diketahui, sebelum ini hanya terdapat robot seks wanita yang dilengkapi dengan Harmony.

Matt mengakui, dengan penciptaan robot lelaki Harmony, segala-galanya akan lengkap.

Di samping itu, Matt juga mendedahkan bahawa robot seks lelaki ini akan hadir dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Ini, menurutnya, pasti akan menarik banyak pelanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.