Pukul ibu: Pemuda Dipenjara 7 Tahun, 3 Sebatan

KUANTAN – Seorang pemotong rumput dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan mencederakan ibunya menggunakan batang besi mesin pemotong rumput dalam kejadian di Felda Bukit Sagu 1, di sini Khamis lalu.

Mohd. Rafi Ab. Aziz, 25, mengaku bersalah sambil merayu mahu berjumpa ibunya, Mea’ah Abd. Majid, 64, selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Berdasarkan pertuduhan, anak bongsu enam beradik itu didapati dengan sengaja menghentak kepala ibunya menggunakan batang besi mesin pemotong rumput sehingga menyebabkan kecederaan warga emas berkenaan di rumah mereka dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang pada 4 Januari lepas.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haryati Abdullah.

Akhbar sebelum ini melaporkan, kejadian berpunca daripada suspek yang tidak berpuas hati apabila ibunya enggan memberikan duit. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.