Prof Madya UPM Meninggal Kesejukan

RANAU – Prof Madya Dr Nazri Omar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang terpisah daripada kumpulan eks­plo­rasinya ketika menuruni Gunung Kinabalu di sini ditemui meninggal dunia dipercayai akibat kesejukan.

Nazri, 49, dari Bandar Baru Bangi, Selangor dise­dari hilang oleh ahli kumpulannya pada pukul 8 pagi Ahad lalu semasa kumpulan tersebut berada Timpohan Gate iaitu di kaki gunung.

Satu sumber memberi­tahu, kumpulan 22 peserta itu memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu bermula pada pukul 4.30 pagi, Ahad lalu dengan turut di­iringi beberapa orang malim gunung.

Bagaimanapun, kata sumber itu, semasa dalam perjalanan ke puncak, malim gunung mengesan cuaca buruk dan mengarahkan kesemua 22 pendaki berpatah turun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.