Polis Siasat Kes Jurulatih Cabul Pembahas

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil beberapa individu lagi bagi membantu siasatan kes seorang jurulatih didakwa mencabul kehormatan dua pembahas yang merupakan pelajar bawah umur.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bagaimanapun tidak menyatakan identiti mereka yang akan dipanggil itu.

“Kami akan panggil ramai lagi untuk merakam kenyataan mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, media tempatan melaporkan dua pembahas menerusi Instagram mendakwa mereka dicabul kehormatan di rumah jurulatih berkenaan dua tahun lepas dan “menjadi perkara rutin” bagi jurulatih itu menyentuh mereka dengan cara yang tidak wajar.

Pembahas berkenaan juga memuat naik syot layar (screenshot) mesej daripada jurulatih berkenaan, yang didapati menunjukkan dia meminta habuan seks dan mengajak seorang daripada mangsa untuk ke rumah seseorang pada waktu malam.

Pembahas itu berkata sebelum ini mereka berdiam diri kerana tidak tahu perbuatan jurulatih itu merupakan suatu penderaan dan bimbang akan menjejaskan masa depan mereka dalam bidang bahas.-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.