Majikan Wanita DItahan, Cuba Halang Imigresen Tahan Pekerja Warga Asing

SHAH ALAM — Jabatan Imigresen Selangor menahan seorang majikan wanita dalam operasi di sekitar Plaza Sri Muda di Seksyen 25 di sini semalam, yang menyaksikan 69 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) turut diberkas.

Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Omran Omar berkata wanita berusia 50 tahun itu ditahan kerana menghalang anggota Imigresen daripada memberkas seorang pekerjanya yang didapati menyalah guna pas pekerja dalam operasi selama dua jam, pada pukul 2 petang semalam.

Wanita itu, yang turut diberikan Borang 29 (Saman Saksi), akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Semakan ke atas pekerja wanita itu mendapati dia mempunyai pas pekerja sebagai pembantu rumah tetapi bekerja sebagai pembantu di kedai makan,” katanya pada sidang akhbar selepas operasi itu.

Mengenai warga asing yang ditahan, mereka berumur antara 20 tahun hingga 55 tahun dan rata-ratanya bekerja sebagai pembantu kedai dan peniaga di plaza berkenaan serta di pasar basah berhampiran.

Mereka terdiri daripada 36 warga Bangladesh, 26 (Indonesia), tiga (Nepal), tiga (Myanmar) dan seorang dari Filipina. Seramai 53 orang adalah lelaki.

“Semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki permit atau pas sah untuk masuk dan berada di negara ini dan Peraturan 39(b) Akta Imigresen kerana salah guna pas, “ katanya.

Kesemua Pati terbabit dibawa ke pejabat Imigresen Selangor di sini untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut. — Bernama

2 thoughts on “Majikan Wanita DItahan, Cuba Halang Imigresen Tahan Pekerja Warga Asing

  • December 17, 2018 at 7:12 pm
    Permalink

    Tangkap habis2san sbb pati terlampau banyak da mcm bukan negara kita..?? Bawa roda 3..jual petai..jual karpet..kutip derma.. cuba serbu di pasar pandan jb ramai sgt pasti ada yg tiada pasport..visa permit??
    Bebas jual makanan..bangla mymmar.indon.ramai lagi sila lah serbu?? Jgn serbuan bermusim?? Bila bolih bersihkan pati2 seluruh negara??

    Reply
  • December 17, 2018 at 7:14 pm
    Permalink

    Pihak berkuasa sila lah siasat…?? Sampai bila?? Pati beraja di sini????

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.