Mahathir, Skandal Maminco dan Sejarah Hitam Ipoh

Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 8 Januari 2018

Hari ini, walaupun terdapat berita positif dan bukti di hadapan mata mereka, sesetengah orang mendakwa bahawa Malaysia sedang dalam krisis dan memerlukan Tun Mahathir untuk “menyelamatkan” kita.

Krisis 1998 adalah krisis sebenar tetapi ini adalah satu lagi krisis lain dari masa lalu.

Berikut adalah artikel NST mengenai Ipoh pada tahun 1986 selepas Tun Mahathir membantu memusnahkan industri timah dengan spekulasi Maminco.

Ini memberi kesan yang sangat dahsyat kepada Ipoh kerana timah adalah sumber kekayaan Ipoh dan merupakan industri utama mereka pada masa itu.

Kemelesetan seluruh negara pada 1986 juga tidak membantu.

Pada masa itu, hanya terdapat 3 pusat membeli-belah utama di Ipoh dan beberapa kedai serbaneka yang lebih kecil.

Bayangkan jika 50% kedai-kedai di dalam pusat membeli-belah ditutup secara tiba-tiba dalam satu tahun.

Itulah yang sebenarnya berlaku.

Majoriti kedai-kedai serbaneka tidak dapat bertahan dan ditutup.

Selama beberapa dekad, Ipoh tidak dapat memulihkan keadaan dan industri timah tinggal hanya sejarah.

Inilah krisis sebenar.

Hari ini kita tidak berada dalam krisis. Malah, kita berada di atas dan dan semakin ke atas.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/EricSeeTo/?ref=br_rs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.