Kehadiran Jadi Tanda Tanya

Kehadiran model dan bintang program realiti, Kendall Jenner pada Anugerah Golden Globe ke-75, semalam menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Ini kerana anugerah berprestij yang berlangsung itu bagi mengiktiraf karya dan seni lakonan.

Jenner pula terkenal dengan siri realiti televisyen Keeping Up With The Kardashians dan memperaga untuk jenama pereka fesyen terkenal.

Oleh itu, ramai netizen hairan dan menganggap tiada sebab model terbabit menghadiri acara Golden Globe.

Namun, gaun hitam rekaan Giambattista Valli diperagakan adik Kim Kardashian itu turut menjadi bualan hangat di media sosial.

Dalam perkembangan lain, Jenner disangka mengandung hanya kerana sekeping gambar memaparkan perut model itu kelihatan buncit di media sosial.

Baru-baru ini, Jenner berkongsi gambar swafoto dirinya di hadapan cermin.

Ramai mengatakan dia kini mengikut jejak kakaknya, Chloe dan adik bongsu, Kylie untuk hamil.

Berikutan spekulasi itu, Jenner yang menghidap gangguan kebimbangan bertindak memadamkan aplikasi Lifestyle.

Jenner pernah bercinta dengan penyanyi Harry Styles dan ASAP Rocky kini dikatakan bersama atlet Blake Griffin.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.