Isu Orang Ketiga Dan Politik Dikatakan Punca Keruntuhan Rumah Tangga Ahok-Veronica

Isu perceraian antara bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok
dengan isterinya, Veronica menjadi berita panas di Indonesia. Pada mulanya ia dikatakan sebagai berita palsu namun akhirnya menjadi kenyataan.

Media dalam talian di Indonesia melaporkan Ahok menfailkan petisyen itu pada 5 Januari lepas di Mahkamah Daerah Jakarta Utara.

Ia menyebabkan pasangan berkenaan menjadi perhatian netizen hinggakan kandungan surat cinta Ahok yang ditujukan kepada Veronica kembali menjadi sorotan.

Surat itu ditulis oleh Ahok yang berada di penjara untuk isterinya ketika ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20.

Surat itu turut dibacakan oleh anak sulong mereka, Nicholas Sean Purnama, pada Malam Apresiasi kepada penulis buku “Ahok di Mata Mereka”, 7 September 2017.

Sehingga kini, keluarga mereka masih membisu mengenai isu perceraian tersebut dan enggan masuk campur dalam urusan peribadi Ahok serta Veronica.

Meskipun begitu, banyak spekulasi dibuat dalam kes perceraian terbabit dengan antaranya melibatkan kehadiran orang ketiga dan politik.

Namun isu orang ketiga itu dibantah oleh peguam Ahok, Josefina Agatha Syukur.

“Saya tidak pernah cakap begitu. Saya tidak mahu berbicara soal khabar angin,” ujar Josefina.

Ahok, 51, sebelum ini mendapat liputan utama media Indonesia apabila dikaitkan dengan penistaan agama Islam sebelum didapati bersalah pada Mei tahun lepas.

Kini beliau menjalani hukuman penjara dua tahun di Mako Brimob, Kelapa Dua, Depok. –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.