Dikurnia Anak, Hafiz Lebih Fokus

KUALA LUMPUR: ‘Taman yang makmur’ dan ‘tanda kemenangan’ yang menjadi maksud bagi nama Muhammad Riyadh Zafri, menjadi pilihan penyanyi Hafiz Suip untuk putera sulungnya.

Teruja berkongsi nama anaknya itu, Hafiz memberitahu, dia berharap nama yang membawa pengertian baik itu akan diterjemah dalam kehidupan si kecil dan mereka sekeluarga.

“Semoga kehidupan mendatang anak kami juga akan makmur dan diberi segala kemenangan dalam apa yang dilakukannya.

“Setakat ini, kami hanya boleh berkongsi namanya dulu. Gambarnya belum lagi kerana orang tua kami tidak mengizinkannya,” katanya kepada BH Online.

Sehari sebelum tahun baharu, Hafiz dan isterinya, Nureffy Jesreel Abdullah menyambut kelahiran Muhammad Riyadh yang juga anak sulung mereka di Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Petaling Jaya, pada jam 8.06 pagi.

Penyanyi lagu Awan Nano itu juga melihat dirinya sudah berubah seiring dengan tanggungjawab dipikul.

“Rasa lebih fokus. Sikap bertanggungjawab itu menjadi lebih banyak.

“Saya percaya ini fasa baharu dengan semua lelaki bergelar bapa sedang membiasakannya. Saya harap tanggungjawab sebagai bapa ini akan disempurnakan sebaik mungkin,” katanya yang mahu sentiasa membahagiakan putera sulungnya itu.

Hafiz yang lahir daripada program realiti, Akademi Fantasia (AF) berkahwin dengan Nureffy pada Mei 2016, di Kuching, Sarawak.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.