2 Jam Disembunyikan Bunian

TUMPAT – Dua kanak-kanak berdepan detik cemas selepas mendakwa disembunyikan oleh wanita ‘bunian’ di Kampung Tok Malik, di sini semalam.

Seperti dipetik Utusan, Nurul Husna Abdul Hadi, 6 dan Nik Nur Arisa Nik Mohd. Zurairi, 6, dikatakan hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tadikanya kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Bagaimanapun, mereka ditemui selamat selepas usaha mencari oleh 50 penduduk kampung dan solat hajat diadakan di surau berdekatan.

Nik Nur Arisa ditemukan berdekatan pokok tebu kira-kira 50 meter dari rumahnya berhampiran laluan masuk ke rumah datuknya dalam keadaan basah kuyup biarpun usaha mencari kanak-kanak itu di kawasan tersebut telah dilakukan berulang kali oleh penduduk kampung sebelum itu.

Kelibat Nik Nur Arisa itu dilihat oleh ibu saudaranya, Zawiyah Ismail, 48, pada pukul 2.30 petang.

Nik Nur Arisa kemudian menunjukkan lokasi Nurul Husna ketika itu berada dalam keadaan terduduk akibat keletihan dengan pakaian kotor di akar pokok durian belakang rumah datuk mereka.

Ibu Nurul Husna, Hazama hasan, 44, berkata, dia tidak menolak kemungkinan anaknya disembunyikan makhlus halus.

Menurutnya, hal ini kerana tempat yang didakwa anaknya bermain di kolam itu adalah tempat keras dan kawasan kubur lama.

“Di situ mana ada kolam, hanya ada bendang padi, belukar dan kawasan itu bukan laluan penduduk.

“Macam mana anak saya boleh sampai ke situ yang jaraknya 200 meter dari rumah kami,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.