Video : ‘Anwar Tak Berjaya Basmi Kemiskinan Waktu Jadi Menteri’

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa mengakui bukan mudah untuk memegang amanah yang digalas sebagai pemimpin kepada rakyat.

 

Beliau berkata, sedangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga disifatkan sebagai pemimpin yang tidak berjaya membasmi untuk kemiskinan sewaktu memegang jawatan sebagai Menteri.

 

Tambah Ketua Penerangan Umno itu lagi, Anwar yang didakwa memegang pelbagai jawatan dan bermacam-macam jenis portfolio semasa berada dalam kerajaan satu ketika dahulu, namun masih tidak mampu untuk menyelesaikan permasalahan yang sedia ada ketika menggalas amanah rakyat.

 

https://www.youtube.com/watch?v=isc5Byg5VVw&feature=youtu.be

 

“Allah dah uji dia jadi menteri pendidikan, jadi menteri pertanian, menteri kewangan, namun adakah dia dapat membasmi kemiskinan?

 

“Siapa berani kata masalah petani sudah selesai pasca Anwar Ibrahim? Siapa berani kata masalah pelajar beres pada masa Anwar Ibrahim menjadi menteri pendidikan? Siapa berani kata kemiskinan beres zaman Anwar Ibrahim?,”soalnya dalam Wacana Korporat, Gagasan Menjunjung Amanah Rakyat di sini, petang tadi.

 

Terdahulu, menerusi wacana itu, Annuar Musa yang turut mengakui kelemahan dirinya setiap kali menggalas jawatan yang diberikan namun, akan tetap meneruskan usaha untuk menjunjung amanah rakyat sepertimana yang dilakukan pemimpin terdahulu yang berjaya serta banyak melakukan perubahan kepada rakyat.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.