Anina Tak Cukup Syarat Kata Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Setelah sekian lama berdiam diri dari membuat kenyataan, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan berhubung pemecatan Anina Saadudin daripada jawatan Ketua Srikandi parti.

 

Menurut bekas Timbalan Presiden UMNO itu, Anina tidak cukup syarat untuk menjawat jawatan tersebut sungguhpun usul bekas Ketua Wanita UMNO Langkawi itu sendiri mencadangkan sayap wanita itu ditubuhkan sewaktu mula menyertai PPBM.

 

“Apabila kami tubuhkan parti ini, kami meminta beliau memimpin dan meletakkan Srikandi dalam usul. Tetapi, tiada keputusan rasmi mengenai jawatan ketua Srikandi.

 

“Apa yang berlaku mungkin atas sebab tertentu, Anina tidak mencapai sasaran. Jadi, parti memutuskan tidak melantik beliau memegang jawatan itu,” katanya kepada dalam sidang media yang turut dihadiri Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Bagaimanapun kata Muhyiddin, Anina masih ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM.

 

“Kami akan serahkan kepada beliau memutuskan jika mahu kekal bersama parti,” ujarnya lagi.

 

Anina sebelum ini mendakwa dirinya dipecat dari jawatan yang dipegangnya secara sah ekoran telah mengangkat sumpah dihadapan Muhyiddin namun digugurkan dipercayai disebabkan oleh penyebaran teks seks dipercayai melibatkan dirinya serta lelaki yang tidak dikenali.

 

Dr Mahathir dalam pada itu meminta Anina untuk tidak beremosi walaupun tidak diberi jawatan mengetuai sayap wanita parti.

 

Memberi contoh dirinya pernah dipecat UMNO dan kemudiannya dilantik menjadi Perdana Menteri setelah kembali diserap ke dalam UMNO selaku Presiden, Dr Mahathir berkata Anina tidak harus menjadikan pemecatannya sebagai alasan meninggalkan perjuangan.

 

“Jangan kecewa dan lupa perjuangan kita hanya kerana perkara kecil yang berlaku kepada anda.

 

“Saya sendiri dipecat daripada parti (UMNO), tetapi kemudian saya masih menjadi perdana menteri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.