Teknologi Godam Gelombang Otak Manusia

LAS VEGAS – Sekumpulan pakar saraf berusaha mencari cara memerangkap dan memanipulasi gelombang otak bagi memperbaiki taraf kesihatan, dengan potensi membantu golongan kurang upaya.

 

Beberapa inovasi dipamerkan di Pameran Elektronik Pengguna di Las Vegas, yang menyaksikan saintis komputer dan pakar bioperubatan menunjukkan cara memanfaatkan dan menggunakan isyarat otak.

 

Pengikat kepala ‘mengawal minda’ didedahkan oleh BrainCo, menggodam isyarat otak secara berkesan dengan serangkaian aplikasi berkemungkinan, daripada membantu memperbaiki perhatian hinggalah kepada mengesan penyakit, mengawal perkakasan pintar rumah malah peranti prostetik.

 

Peranti itu ‘menterjemahkan gelombang otak kepada isyarat elektronik’, kata firma Zenchuan Lei yang beribu pejabat di Boston.

 

Pada pameran itu, BrainCo menunjukkan bagaimana seseorang boleh menggunakan pengikat kepala itu untuk menggerakkan tangan palsu, berkemungkinan menjadi ejen perubahan kepada mereka yang lumpuh atau kehilangan anggota tubuh. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.