Disaman Bawa Kenderaan Rumah

MANCHESTER, BRITAIN – Seorang pemandu kereta dua pintu di sini ditahan selepas menyumbatkan pelbagai barangan rumah termasuk peti sejuk dan sebuah kerusi di belakang but kereta sehingga membahayakan pemandu lain.

 

Pemandu berkenaan yang tidak didedahkan identitinya turut membawa sebatang pengelap lantai, papan seterika dan beberapa peralatan rumah termasuk pakaian.

 

Beberapa anggota polis yang menaiki sebuah kenderaan polis kemudian menahan pemandu itu di sebatang jalan raya di Beswick, Manchester yang terletak berhampiran dengan Stadium Etihad.

 

Kereta lelaki berkenaan kelihatan turut membawa peti sejuk dan pelbagai barangan kelengkapan rumah.

 

Tindakan pemandu itu turut menarik perhatian pemandu dan pejalan kaki kerana kesemua barangan itu kelihatan seolah-olah akan jatuh di atas jalan raya.

 

Seorang lelaki, Steve Fazackerley yang menetap di kawasan berkenaan sempat merakamkan beberapa gambar dan video semasa pemandu itu ditahan polis.

 

“Saya amat terkejut bagaimana pemandu itu menyumbatkan pelbagai barangan di dalam but keretanya. Mungkin dia ingin berpindah rumah selain mahu menjimatkan masa dan sewaan lori,” katanya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.