Brazil Protes Tambang Pengangkutan Awam Naik

SAO PAULO – Polis pencegah rusuhan Brazil semalam melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan ganas membantah kenaikan tambang pengangkutan awam di bandar raya terbesar negara itu.

 

Imej televisyen menunjukkan sekumpulan kecil penunjuk perasaan membaling batu, belia bertopeng yang bertempur dengan polis, di tengah timbunan sampah terbakar.

 

Penunjuk perasaan memecahkan tingkap bas dan merosakkan premis bank. Ramai penduduk Sao Paolo marah dengan kenaikan tambang pengangkutan awam, dengan inflasi di Brazil sudah pun mencecah lebih 10 peratus.

 

Lebih 1.5 juta penduduk Brazil kehilangan pekerjaan dalam masa setahun hingga November lalu ketika ekonomi terbesar Amerika Latin itu berada pada kemelesetan paling buruk dalam masa 25 tahun. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.